Saturday, September 18, 2010

PERHUBUNGAN SONGSANG






-PENGENALAN-



Dewasa ini, abad ke-21 merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ledakan teknologi maklumat dan cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat daripada budaya timur banyak memberi kesan yang mendalam seperti yang terjadi pada masa kini. Selain itu, kita turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana golongan belia merupakan peneraju utama kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan negara ini. Tanpa disedari, penghomogenan yang berlaku turut mempengaruhi gaya seks dikalangan masyarakat Malaysia iaitu berkaitan dengan salah laku seksual yang semakin membimbangkan.



Bermula dengan lambakan golongan lembut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), percubaan untuk menghalalkan hubungan sejenis dan yang terkini melibatkan pembunuhan akibat dari hubungan cinta tiga segi dikalangan sesama jenis. Hal ini semakin menjadi-jadi disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak prihatin dan hanya berpeluk tubuh serta mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini semakin berleluasa. Mereka bersikap demikian adalah kerana menganggap ia sesuatu yang memalukan.



Hubungan songsang merupakan hubungan sesama sejenis diantara lelaki dengan lelaki (gay) dan manakala wanita dengan wanita (lesbian). Hubungan yang terlarang ini menjadi ikutan masyarakat sehingga dihalalkan perkahwinan kaum sejenis ini. Terdapat lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun lelaki tersebut dimana lelaki tersebut tidak mempunyai perasaan cinta terhadap isteri sebaliknya dia mempunyai perasaan terhadap lelaki yang lain. Ini adalah disebabkan mereka lebih berselera dengan kaum sejenis sahaja. Malah, ada diantara lelaki yang bernafsu songsang ini sudah memiliki isteri dan mempunyai anak. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual), ia sememangnya masalah yang amat membimbangkan pada era pemodenan kini.



Golongan gay semakin berani dan tidak segan silu melakukan adegan ringan seperti bercumbuan di tempat-tempat awam. Malah, mereka telah berjaya menubuhkan kelab gay yang menghimpunkan golongan ini untuk bertemu dan melempiaskan keinginan nafsu masing-masing. Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang dicipta bagi menterjemahkan kebebasan serta mendapat kenikmatan. Mereka telah jauh tersasar dari landasan agama serta semakin menjauhkan diri daripada Allah S.W.T.




-FAKTOR-FAKTOR HUBUNGAN SONGSANG-



Terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu terlibat dengan hubungan songsang ini, di antaranya adalah kecenderungan ibu bapa itu tersendiri di mana ibu bapa yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang apabila semakin membesar. Rentetan itu menunjukkan ia adalah kesilapan ibu bapa itu sendiri. Lazimnya, mereka berpewatakan lembut kesan daripada persekitaran sekeliling yang mempengaruhi minda mereka. Secara tidak langsung, mereka dididik untuk menjadi seorang yang berlainan jantina secara semula jadi.



Dalam proses tumbesaran, personaliti terbentuk berdasarkan pengalaman, interaksi dan persekitaran yang dilalui oleh seseorang. Selain itu juga, mereka yang memilih untuk terlibat dalam perhubungan songsang ini pernah melalui masalah atau gangguan dalam perhubungan sosial mereka. Misalnya, apabila mereka memasuki ke sekolah berasrama yang dididik dengan naluri keinginan kepada berlainan jantina tetapi disebabkan kesukaran atau masalah pergaulan mereka akan mempunyai keghairahan terhadap pasangan sejenis.



Terdapat juga di antara mereka yang terlibat dengan hubungan songsang ini pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka sehingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan. Berkemungkinan mereka tidak memperoleh kepuasan daripada hubungan berlainan jantina atau mereka lebih terdedah kepada perkara baru dan mendapat idea baru.


Terdapat juga golongan yang terjebak ke kancah hitam ini bermula seawal usia remaja. Golongan ini sebenarnya terdiri dari mereka yang telah hilang jati diri dan terpengaruh dengan gaya hidup yang berlandaskan kebendaan semata-mata sehinggakan tanpa segan silu memperdagangkan masa depan mereka. Golongan ini juga mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh dan mereka adalah insan bertopengkan gerakan “human right”.





-KESAN-KESAN HUBUNGAN SONGSANG-



Perhubungan songsang memberi impak yang besar kepada diri sendiri, masyarakat serta negara. Mereka merupakan individu yang bakal menerajui negara ini jika mereka terjebak dengan aktviti seperti ini maka diri sendiri akan musnah seterusnya masyarakat akan menjadi kucar kacir serta negara yang dahagakan pemimpin yang berkaliber akan lenyap begitu sahaja di mata dunia.



Kesan perhubungan songsang ini kepada individu yang terlibat adalah individu tersebut di laknat oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menjanjikan neraka jahanam kepada individu yang terlibat dengan perhubungan yang tidak bermoral, malah kehidupan individu tersebut di muka bumi ini tidak diredhai dan mendapat keberkatan daripada Nya. Kesan yang kedua adalah terhadap masyarakat, masyarakat setempat akan memandang negatif kepada golongan ini. Masyarakat yang terbina juga akan berpecah belah. Kesan yang terakhir adalah kepada negara, kerana individu pada masa kini adalah pemangkin negara pada masa hadapan. Oleh itu, negara akan menjadi negara yang mundur dan tidak akan mampu bersaing dengan negara yang pesat membangun selari dengan era pemodenan.








-LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI HUBUNGAN SONGSANG-



Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh individu yang terlibat dalam golongan songsang ini dan menghindarkan diri dari terus tersasar jauh. Antaranya ialah individu tersebut seharusnya mendapatkan khidmat kaunseling, secara tidak langsung tekanan yang dihadapi akan berkurangan.



Selain itu, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dengan memenuhi tuntutan agama dan menghadiri majlis-majlis agama yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Peranan ibu bapa juga penting dalam membantu golongan ini untuk berubah ke arah yang benar. Ibu bapa seharusnya memberikan nasihat serta dorongan yang kuat kepada mereka. Mereka juga boleh mencuba kaedah rawatan tradisional bagi memulihkan diri mereka serta mendapat semangat baru.



Pada kebiasaannya, golongan homoseksual ini sukar untuk meninggalkan kehidupan songsang memandangkan mereka sudah terbiasa dengannya. Mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu. Oleh itu, ia juga bergantung kepada diri sendiri sama ada untuk berubah ke arah jalan yang betul atau tidak.





-KESIMPULAN-



Semua pihak bertanggungjawab untuk mengekang fenomena ini daripada terus berleluasa. Kerjasama yang bersepadu diperlukan untuk menjamin budaya masyarakat timur serta nilai akhlak yang baik menjadi amalan masyarakat untuk menjamin sebuah negara seimbang dari semua aspek kehidupan. Masalah ini harus diperhalusi dan dipantau dengan teliti oleh semua pihak bagi menjanjikan impak yang positif. Sepertimana pepatah melayu ada mengatakan “ bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat ”. Sekiranya tiada kata sepakat dicapai maka matlamat untuk mencapai negara maju yang berwawasan 2020 akan terkubur begitu sahaja. Oleh itu, masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini.



Dihasilkan Oleh: Noramira Binti Din (207543)

1 comment: