Saturday, September 18, 2010

PONTENG SEKOLAH


- PENGENALAN -

Pada zaman era globalisasi ini, peningkatan gejala ponteng sekolah di seluruh Malaysia menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Fenomena ponteng sekolah didefinisikan sebagai lari daripada menjalankan tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.

Secara umumnya, ponteng sekolah adalah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ponteng sekolah juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan telah berakar umbi semenjak masyarakat mengenal erti alam persekolahan. Kes ponteng sekolah telah mencatatkan peningkatan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain dalam statistik kes-kes disiplin. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah telah bertambah dengan kadar yang serius seperti “cendawan tumbuh selepas hujan” walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.




- FAKTOR-FAKTOR GEJALA PONTENG SEKOLAH -

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya gejala ini. Antaranya ialah suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari arus permodenan seperti pembinaan pusat menbeli belah dan pusat-pusat hiburan yang berdekatan dengan sekolah menjadi faktor penarikan utama kepada gejala ponteng sekolah.

Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti gaya kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak konduktif juga menjadi salah satu penyebab kepada gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa remaja zaman ini amat terdedah dengan hiburan di bandar. Secara tidak langsung, para remaja akan mengabaikan pelajaran mereka di sekolah.

Faktor kedua adalah keruntuhan institusi kekeluargaan dimana ibu bapa tidak mengambil berat tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah mahupun di sekolah. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang yang berpunca daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka melakukan gejala tidak sihat. Ini menunjukkan keruntuhan institusi kekeluargaan mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.

Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikao materialistik seumpamanya, tanggungjawab mengambil berat mengenai kebajikan dan keperluan anak-anak telah digantikan dengan sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Secara tidak langsung, anak-anak mereka dipinggirkan dan ketandusan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan di luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan ibu bapa mereka.

Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar. Pelawaan daripada rakan sebaya untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala pelawaan rakan-rakan yang ponteng sekolah tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mempengaruhi rakan lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Pelajaran di sekolah dianggapkan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian meningkat. Ketika berada di rumah, anak-anaki tidak mendapat didikan daripada ibu bapa mereka dengan sempurna dan sokap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidk langsung, mempengaruhi pembentukanperibadi mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya berfikir secara rasional mengenai baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna mendorong berlakunya gejala ponteng sekolah.


-LANGKAH-LANGKAH GEJALA PONTENG SEKOLAH-

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan bagi mengatasi fenomena ini dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu, khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi dapat diatasi.

Meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku di rumah mahupun di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar rumah patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan-amalan negatif. Didikan sejak kecil lagi perlu dilakukan seperti pepatah melayu mengatakan m elentur buluh biar dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggunjawab dan berupaya berfikir secara rasional.

Masyarakat sekeliling juga perlu berkerjasama dalam usaha manangani masalah ini dengan malaporkan kes-kes ponteng sekolah kepada pihak sekalah.Sikap “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’’ perlu dikikis di kalangan diri masyarakat.Pihak kerajaan juga boleh manganjurkan ceramah dan kempen yang dapat membantu mengurangkan gejala ponteng sekolah.Hal ini dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana bak kata pepatah “belakang parang diasah,lagikan tajam’’.




- KESIMPULAN –

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani gejala ponteng ini sebelum nasi menjadi bubur.Demi mewujudkan generasi yang lebih bermotivasi pada masa hadapan.Selain itu,semua pihak perlu memainkan peranan yang drastic bagi manangani gejala tidak sihat ini.Pihak kerajaan juga harus memikirkan cara yang boleh mengurangkan masalah ini.Oleh demikan,tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil.Justeru itu,bersama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mampu menjadi pemimpin masa hadapan yang daya saing.

Disediakan Oleh : Loo Han Keat (205973)

No comments:

Post a Comment